Sebelum Harry menceburi bidang perniagaan, Harry terlibat dalam bidang pemakanan halal dan industry makanan halal. Jadi apa-apa perkara yang berkaitan dengan makanan, dari ladang hingga ke hidangan di atas meja, adalah menjadi subjek utama dan priority dalam pengajian harry.
Kursus ini adalah tajaan sepenuhnya dari JAKIM. Jika di Tanya mengapa harry tidak bekerja dalam industry halal sedangkan permintaan pasaran adalah tinggi, anda boleh bertanya kan terus kepada JAKIM yang tidak mengeluarkan tawaran khas kepada eksekutif halal untuk menjadi pegawai pemantau berkaitan makanan dan industri makanan yang mana kakitanganya tidak cukup untuk memantau kilang-kilang dan restoran seluruh negara atau pihak syarikat pemakanan yang bersedia menggaji Harry dengan upah yang eksekutif juga.
Harry tidaklah demand terlalu tinggi tetapi, jika gaji yang di tawarkan nilainya sama atau kurang daripada perniagaan yang Harry jalankan, adalah lebih baik pada masa ini Harry menfokuskan dahulu bidang perniagaan. Mana tahu satu hari nanti, jika ada tawaran yang sesuai, mungkin Harry akan turun juga ke gelanggang industry halal.
Pada masa ini, Harry hanya bertindak sebagai consultant bebas di bawah alumni eksekutif halal dan akan memberikan ceramah berkaitan pemakanan halal pada syarikat, masjid atau surau yang memanggil. Jika pihak anda menginginkan program ceramah atau syarahan berkaitan halal, insya Allah boleh hubungi Harry (012-5391776) sebagai jemputan pengajar.
Harry sentiasa dan sangat mengalu-alukan ilmu yang ada dapat di kongsi bersama dengan masyarakat. Akhir kata, bersama kita mencari yang halal kerana ianya kefarduan yang wajib bagi ummat.