Pada masa kecil, saya hanya di ajar untuk belajar bersungguh-sungguh dari semua pihak dan kalangan seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan.
Tidak pernah mendengar ataupun menyaksikan sendiri,ucapan yang keluar dari mulut apabila ditanya guru, kaitan belajar dan masa depan
"Bila Besar Nanti Awak Hendak Jadi Apa"
Apa Cita-Cita Awak"?
Jawapan yang diberikan semestinya doktor, peguam, pensyarah, akauntan , angkasawan, guru, penyanyi dan banyak lagi yang stereotype.
Tidak ada yang bangun mengangkat tangan menyatakan
" Apabila Saya Besar Nanti, Saya Ingin Menjadi Usahawan Yang Berjaya"
Saya Ingin Kaya Seperti Tan Sri Syed Moktar"
Saya Ingin Menjadi Jutawan"
Akhirnya, saya mula sedar dan perasan bahawa saya tidak pernah di ajar di sekolah untuk menjadi usahawan, tidak pernah di dorong oleh sesiapa termasuk kalangan guru untuk menjadi peniaga, dan saya percaya anda di luar sana mesti ada perkongsian pengalaman seperti saya.
Memang, menjadi seorang usahawan bukanlah lahir secara semula jadi. ianya mulai timbul sedikit demi sedikit. bermula dengan minat, usaha, berani berhadapan dengan risiko, pandai menguruskan cabaran, matlamat jelas dan beristiqamah akan melahirkan diri seorang usahawan yang berjaya.
Saya telah melihat rakan di sekeliling saya, ramai diantaranya pemegang ijazah dalam dan luar negara terlibat dalam perniagaan, mungkin mereka juga sama seakan saya, tidak menyangka akan menjadi usahawan yang berjaya. jika tahu awal-awal, mungkin dari mula lagi mereka tidak membazirkan diri dan masa terkongkong dalam kerja kerajaan dan makan gaji dengan syarikat.
Tidak kurang dengan kawan yang belajar hanya setakat SPM, ada juga di antara mereka yang berbakat dalam perniagaan dan menjadi kaya.
Sebagai contoh terdekat, saya mempunyai seorang usahawati yang saya panggil kakak, seorang bekas ulat tiket perhentian bas medan kidd Ipoh (suatu masa dahulu) kini menjadi taukeh wanita yang di segani di stesen perhentian bas medan gopeng, perak.
Jika dahulunya, beliau bekejar kehulu ke hilir mencari pembeli tiket, berkawan dengan kesusahan , bermake-up dengan jelaga hitam kepulan asap bas,bermakan nasik bungkus dan kini, berkat sabar beliau menikmati keselesaan hidup dengan memperolehi pendapatan yang di luar biasa.
Makanya lahirnya orang-orang ini seperti istilah " Orang biasa yang Luarbiasa" un expected what they expected' mampu hidup mewah dan sebagainya.
Menurut guru saya, kekayaan di dalam perniagaan bukanlah itu yang semata yang di cari. tetapi kekayaan dari berniaga adalah rezeki. Dan bagi saya, berniaga adalah satu kepuasan yang tidak boleh dinilaikan dengan angka.
Saya akan suka, akan terharu apabila orang mula menilai hasil niaga saya dan melihat sistem perniagaan yang dibina saya berada di mana-mana,
konsep Kiosk Energy Drinks' ini terlalu awal untuk berada di Malaysia namun saya percaya, tahun yang mendatang masyarakat akan menerimanya dan Sistem Kiosk ciptaan saya akan berada di mana-mana.
Terima kasih di ucapkan kepada rakan-rakan dan pihak di luar sana yang bersama membangunkan Sistem Kiosk Energy Drink Ini. Akhir kata dari saya,
Sama-sama kita berjaya, Sama-sama Kita KAYA!!!
selamat menjadi KAYA
0 comments:
Post a Comment